Program Kempen Internet Selamat (Kis) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut, Miri
27 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26/09/2025 bersamaan dengan hari Rabu. MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Miri, telah meneruskan pelaksanaan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut, Miri. Objektif program ialah membimbing pelajar mengamalkan etika dan adab dalam talian supaya mereka berkomunikasi secara sopan, hormat, dan bertanggungjawab di internet. Selain itu, meningkatkan kesedaran pelajar tentang risiko dan ancaman keselamatan siber seperti buli siber dan pengantunan seksual dalam talian. Serta mendorong pelajar menjadi pengguna internet yang bijak dengan memeriksa kesahihan maklumat untuk mengelakkan berita palsu. Seramai 56 orang pelajar Tingkatan 3 telah menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: